Belina Shop

Tidak Di Penanti Lain Di Manek Urai


dun-manek-urai

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pilihan Raya DUN Manik Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya masih belum ditentukan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan menetapkan tarikhnya Khamis ini. Namun demikian, pakatan pembangkang siang-siang lagi nampaknya sudah cuba memasang perisai ekoran kesediaan BN meletakkan calon di kawasan terbabit.

Seperti biasa, pakatan campuran akan menggunakan provokasi dan manipulasi atas apa yang berlaku termasuklah kesediaan BN untuk meletakkan calon di kawasan tersebut yang dipersendakan ekoran di DUN Penanti BN tidak bertanding.

Apa yang perlu difahami oleh pakatan pembangkang, BN/UMNO tetap berpegang kepada prinsip dan akan tetap mendukung idealogi berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak terlibat sama sekali dengan tingkah laku sumbang pakatan pembangkang yang menjadikan Penanti medan permainan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menegaskan bahawa BN tidak akan melayan kerenah pembangkang yang ternyata hanya bermain dengan populariti.

Ini berbeza dengan Manek Urai di Kuala Krai yang dijangka akan menjadi pencetus penerimaan rakyat terhadap BN/UMNO.

Keyakinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang melihat BN mempunyai potensi dan peluang untuk menang di kawasan tersebut berdasarkan kepada pilihan raya umum 2004 yang dimenangi oleh BN.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob kerana sakit jantung.

0 comments:

Post a Comment