Belina Shop

Rombongan Merisik Zaid Ibrahim Gagal

Nampaknya agenda Anwar untuk menarik Ku Li gagal setakat hari ni la. Semalam Zaid hantar rombongan merisik Ku Li untuk 'join' PKR..

Hari ni, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari Rabu menegaskan beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan serentak dengan itu menolak pelawaan yang dibuat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim untuk menyertai beliau yang kini menjadi ahli PKR. Katanya, sekalipun UMNO ada kelemahan tetapi ia masih ada peranan untuk masa depan yang diharapkan.

Patut Zaid hentikanlah merosakkan UMNO dari luar. Dulu beliau juga yang rosakkan UMNO... kes hakim dipecat, kes ISA.... otak dia dah memang otak pembangkang walaupun dalam UMNO...

Sepatutnya Zaid bertaubat macam Ku LI dan kembali semula kepada UMNO....

PR Cuba Pengaruhi Rakyat Dengan Taktik Kotor

Sekarang ini heboh memperkatakan tentang kematian pegawai khas exco DAP di bangunan SPRM,malah PR menunding jari SPRM,BN dan Umno bertanggungjawab.Mereka dengan lantang menuduh membuta tuli seolah olah mereka nampak & tahu hal yang sebenar.

Anda jangan terpengaruh dengan politik diversi yang di mainkan oleh para pemimpin PR,Isu yang pokok jangan anda lupa,terlibatnya exco DAP dengan kongsi gelap,korupsi & salah guna kuasa.Anwar Ibrahim jugak mengambil peluang agar rakyat terlupa akan kes yang sedang berlangsung.

SPRM teruskan siasatan anda,jangan memilih bulu,jika ada mana mana pemimpin yang rasuah tidak kira dari BN atau PR,tangkap saja,tiada kompromi dan jangan memilih bulu.buktikan anda sebagai badan yang telus.

Selangor bakal merubah,Insyaallah maklumat sulit & penting yang Pisau dapat bakal meruntuhkan kerajaan Selangor tidak lama lagi

65 Undi jerrr??? Undi Kesian laaaa... wakaka!

Alahai blogger Pakatan Rakyat yang berjiwa Malaysian Malaysia, berperangai sombong dan takabur serta riak, kini tuhan dah tunjuk kamu semua tu memang berada dijalan yang salah!

Takbir itu ini, kononnya kemenangan berkat Rasulullah dan semangat ulama telah membawa kearah kemenangan Pas dalam PRK MU. Tak kot, Pas ni kan salah satu daripada ajaran sesat di Malaysia nih. Nanti penulis akan ceritakan berkaitan Pas Parti Ajaran Sesat.

Memang keputusan nyawa - nyawa ikan yang diperoleh Poji Ikan. Ternyata penduduk MU menolak Tuan Aziz dan terus memilih tua nyanyok Nik Aziz. Alahai orang MU, taktahula kenapa anda tolak pembangunan dan teruskan kemunduran.

Apa apapun, jangaakn Pas yang akan dapat majoriti 2000 tersasar dan dapat 65 je majoriti untuk PRK MU. Pas bangga diri, bongkak, riak dan takabur, Allah dah bagi balasannya. terimalah dengan hati yang terbuka.

Dicatat oleh Pewaris Melayu di 00:44

PAS tak perlukan DAP di Kerajaan Kedah? Jangan sombong..

Ayoo! What happened Mr. Thomas? Why suddenly pull out from Pakatan 'Kedah'? Kecil hati ka sama itu kerajaan Pas? Well, most of you pun sudah tau apa cerita Thomas (DAP) ni right? Tak tengok berita memang la tak tahu. But doesnt matter tengok tv or not, inilah yang terjadi:

Kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut. Malaysiakini

Nah, now you guys now what it's all about. Should I say that Pas guilty or not? Erm, agak susah nak cakap la kan cause ini soal binatang yang orang Islam tak gemar dan masyarakat bukan Islam pula sebaliknya.

Bukankah sepatutnya Kerajaan negeri harus mengambil keputusan sebulat suara terlebih dahulu? Kini DAP sudah mengumumkan penarikan diri daripada Kerajaan Pakatan Kedah, ianya adalah satu perkara yang boleh dikatakan mencalar maruah pemerintahan yang diterajui kerajaan pakatan rakyat khususnya Pas sendiri.

Bila kita alihkan pandangan pada negeri Selangor pula, sektor penternakan khinzir berleluasa sedangkan rakyat Selangor sendiri sudah membantahnya. (Betulkan saya kalau silap)

Jadi perkara ini agak sensitif untuk dibincangkan. Tapi demi sensitiviti bangsa & agama lain di Malaysia ini, haruslah dibawa berbincang dulu. Sama-sama duduk semeja, buat keputusan bukannya terus bertindak tanpa discussion.

Dan bila dah tak puas hati terus buat press conference, alahai.. Tercetusnya lagi berita yang hanya merugikan diri sendiri. Media Cyber