Belina Shop

PAS tak perlukan DAP di Kerajaan Kedah? Jangan sombong..

Ayoo! What happened Mr. Thomas? Why suddenly pull out from Pakatan 'Kedah'? Kecil hati ka sama itu kerajaan Pas? Well, most of you pun sudah tau apa cerita Thomas (DAP) ni right? Tak tengok berita memang la tak tahu. But doesnt matter tengok tv or not, inilah yang terjadi:

Kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut. Malaysiakini

Nah, now you guys now what it's all about. Should I say that Pas guilty or not? Erm, agak susah nak cakap la kan cause ini soal binatang yang orang Islam tak gemar dan masyarakat bukan Islam pula sebaliknya.

Bukankah sepatutnya Kerajaan negeri harus mengambil keputusan sebulat suara terlebih dahulu? Kini DAP sudah mengumumkan penarikan diri daripada Kerajaan Pakatan Kedah, ianya adalah satu perkara yang boleh dikatakan mencalar maruah pemerintahan yang diterajui kerajaan pakatan rakyat khususnya Pas sendiri.

Bila kita alihkan pandangan pada negeri Selangor pula, sektor penternakan khinzir berleluasa sedangkan rakyat Selangor sendiri sudah membantahnya. (Betulkan saya kalau silap)

Jadi perkara ini agak sensitif untuk dibincangkan. Tapi demi sensitiviti bangsa & agama lain di Malaysia ini, haruslah dibawa berbincang dulu. Sama-sama duduk semeja, buat keputusan bukannya terus bertindak tanpa discussion.

Dan bila dah tak puas hati terus buat press conference, alahai.. Tercetusnya lagi berita yang hanya merugikan diri sendiri. Media Cyber

0 comments:

Post a Comment