Belina Shop

Melawat Tapak Kuil Seksyen 23 Pakatan Selangor


Anda semua dijemput hadir melihat dengan mata anda sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di Shah Alam. Kita bersama-sama pergi melawat tapak kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 kemudian kita melawat pula tapak kuil yang disediakan oleh kerajaan pakatan di Seksyen 23. Kemudian anda boleh buat perbandingan dan nilai sendiri.

5.00 petang - berkumpul di tapak pembinaan kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN pada 2007 di Seksyen 18. (Panduan ke sana akan diberikan kemudian) dan meninjau keadaan sekeliling.

5.20 petang - berkonvoi ke tapak yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan di Seksyen 23

5.30 petang - meninjau keadaan sekeliling dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

6.00 petang - bersurai

Tiada sebarang ucapan politik atau provokasi yang dibenarkan pada hari berkenaan. Kita bukan hendak berpolitik atau menimbulkan kekecohan. Cuma untuk menunjukan kebenaran yang cuba dipadamkan.

Anda datang...
Anda lihat...
Anda fikir...
Anda nilai...
Anda buat keputusan...

Kita datang dengan baik dan kita pulang dengan baik.

Kehadiran rakan-rakan blogger amatlah diharapkan.

0 comments:

Post a Comment