Belina Shop

ANWAR OH ANWAR

Anwar termenung sendiri. Menghitung nasib diri bertemankan lagu jeritan batinku allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Kali ini Anwar tak boleh mengelak lagi. "Hotel" Sungai Buloh sudah sedia menanti kehadirannya untuk kali kedua. Masih segar lagi kenangan bersama sewaktu Anwar dan udara kusam didalam blok Sungai Buloh bersatu didada.

Anwar kini amat resah. Lagaknya tak ubah seperti anak dara yang menunggu penuh debaran sewaktu malam pertama. Penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuk mengugurkan kes liwatnya amat menganggu emosi batinnya.

Ramai diantara orang kanan dan juga orang kiri dalam partinya sendiri telah mengasaknya dengan pelbagai persoalan. Bertalu-talu desakan bersumpah dengan nama Allah SWT dihamburkan kepada Anwar namun mana mungkin ia dapat ditunaikan.

Ajaran Freemason dan juga prinsip yang diterapkan dalam kultus "eye seeing all" takkan membenarkan sumpah muhabbalah di realisasikan.

Hari demi hari muka Anwar semakin kelam. Sekelam harapan dan juga angan-angannya untuk bertahta di singgahsana Putrajaya sebagai nakhoda. Seringkali terlintas persoalan diminda. Seringkali juga igauan ngeri jeriji besi menyentap pemikiran madaninya.

Jika dia ditakdirkan dia sekali lagi menjadi warga Sungai Buloh, bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Bagaimanakah pula dengan nasib PKR?

Anwar semakin lemas bila membayangkan Sungai Buloh bakal menjadi "tali gantung" kepada Pakatan Rakyat dan juga partinya PKR. Mana mungkin legasinya dapat diteruskan kerana semua anak didiknya kini telah terpalit dengan kes serta persepsi buruk masyarakat.

Dikalangan ahlul-ahlul PKR, perbualan mereka tak lain berkisar tentang kekuatan bukti ditangan pendakwaraya. Mereka juga sedar sokongan masyarakat terhadap Saiful Bukhari semakin meningkat berikutan sumpah muhabbalah yang telah dilafazkannya.

Keikhlasan Saiful Bukhari menyerahkan takdirnya kepada Allah SWT nyata telah membuka mata banyak pihak. Kesan dari sumpah Saiful semakin lama semakin menjelma. Pakatan Rakyat dilanda pelbagai bentuk masalah. Anwar juga semakin kalut berdepan dengan segala kemelut yang timbul.

Anwar cuba bersahaja apabila dikhalayak ramai tetapi hatinya bergegar laksana gempa berskala 7.0. Manakan hatinya tidak bergoncang, soal DNA di tangan pendakwaraya telah menusuk hingga ke tulang.

Desas desus dari sumber rapat dengan Anwar, soal tusukan ke "stor kunyit" mangsa tidak akan banyak menimbulkan masalah. Tetapi yang akan ditekankan dan dipertikaikan hanyalah isu DNA. Isu inilah yang sering menghantui Anwar hinggakan terbawa-bawa ke dalam lena.

Team peguam Anwar sedar bahawa kaedah pengecaman DNA ini mampu membuatkan Anwar mendiami Sungai Buloh untuk tempoh masa lebih lama. Peluang Anwar cerah untuk berkhutbah politik pada dinding dan juga jeriji besi penjara.

Inilah isu yang paling Anwar dan barisan peguam belanya takuti. Ada khabar Anwar akan medapatkan pakar DNA terbaik dari negara YAHUDI untuk menidakkan kes terhadapnya. Malah Anwar mahukan pakar terbaik sahaja untuk mewakili kesnya di mahkamah nanti.

Usah dipersoalkan tentang harga, Anwar pasti sanggup membayar berapa sahaja. Bertrilion masih tak terusik didalam akaun ghaibnya.

Anwar bertekad untuk memenangi kes ini dengan apa cara sekalipun. Teori konspirasi kerajaan yang dimomokkan kepada rakyat nampaknya semakin ditolak. Sokongan moral daripada rakyat juga semakin menurun kepadanya berbanding kes liwat pertamanya dulu.

Saiful menjadi semakin popular. Manakala pencacai-pencacai Anwar semakin kehabisan akal. Umpan sudah habis ditaburkan, namun hasilnya amat menghampakan.

Nafas Anwar semakin pendek. Para pemikirnya tak mampu lagi mencari ruang baru untuk memperbaiki imej Anwar yang semakin kecundang. Anwar terpaksa bersendirian menghadapi hari-hari perbicaraannya yang mendatang.

Ulamak-ulamak politik Pas tidak mampu diharapkan. Apek kiasu DAP juga tak boleh digantungkan harapan.

Anwar cuba mengalihkan perhatian masyarakat dengan isu-isu nasional. Tetapi desakan keadilan dari rakyat terlalu kuat untuk ditandingi oleh topeng madani Anwar. Langkahnya yang bergaya menuju Putrajaya, tumbang hanya dengan hembusan Aura 1 Malaysia.

Harapan untuk melengahkan isu sodomi tak kesampaian. Mungkin tiba masanya untuk Anwar mencari tempat persembunyian.

Harapan tinggal harapan, impian berkuasa bakal berkubur ditengah jalan.

Slogan lawan tetap lawan..., akhirnya menjadi tak relevan.

Sungai Buloh menggamit lembut dengan penuh seribu satu cabaran.

Anwar menjadi semakin tak keruan.

0 comments:

Post a Comment