Belina Shop

ANWAR OH ANWAR

Anwar termenung sendiri. Menghitung nasib diri bertemankan lagu jeritan batinku allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Kali ini Anwar tak boleh mengelak lagi. "Hotel" Sungai Buloh sudah sedia menanti kehadirannya untuk kali kedua. Masih segar lagi kenangan bersama sewaktu Anwar dan udara kusam didalam blok Sungai Buloh bersatu didada.

Anwar kini amat resah. Lagaknya tak ubah seperti anak dara yang menunggu penuh debaran sewaktu malam pertama. Penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuk mengugurkan kes liwatnya amat menganggu emosi batinnya.

Ramai diantara orang kanan dan juga orang kiri dalam partinya sendiri telah mengasaknya dengan pelbagai persoalan. Bertalu-talu desakan bersumpah dengan nama Allah SWT dihamburkan kepada Anwar namun mana mungkin ia dapat ditunaikan.

Ajaran Freemason dan juga prinsip yang diterapkan dalam kultus "eye seeing all" takkan membenarkan sumpah muhabbalah di realisasikan.

Hari demi hari muka Anwar semakin kelam. Sekelam harapan dan juga angan-angannya untuk bertahta di singgahsana Putrajaya sebagai nakhoda. Seringkali terlintas persoalan diminda. Seringkali juga igauan ngeri jeriji besi menyentap pemikiran madaninya.

Jika dia ditakdirkan dia sekali lagi menjadi warga Sungai Buloh, bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Bagaimanakah pula dengan nasib PKR?

Anwar semakin lemas bila membayangkan Sungai Buloh bakal menjadi "tali gantung" kepada Pakatan Rakyat dan juga partinya PKR. Mana mungkin legasinya dapat diteruskan kerana semua anak didiknya kini telah terpalit dengan kes serta persepsi buruk masyarakat.

Dikalangan ahlul-ahlul PKR, perbualan mereka tak lain berkisar tentang kekuatan bukti ditangan pendakwaraya. Mereka juga sedar sokongan masyarakat terhadap Saiful Bukhari semakin meningkat berikutan sumpah muhabbalah yang telah dilafazkannya.

Keikhlasan Saiful Bukhari menyerahkan takdirnya kepada Allah SWT nyata telah membuka mata banyak pihak. Kesan dari sumpah Saiful semakin lama semakin menjelma. Pakatan Rakyat dilanda pelbagai bentuk masalah. Anwar juga semakin kalut berdepan dengan segala kemelut yang timbul.

Anwar cuba bersahaja apabila dikhalayak ramai tetapi hatinya bergegar laksana gempa berskala 7.0. Manakan hatinya tidak bergoncang, soal DNA di tangan pendakwaraya telah menusuk hingga ke tulang.

Desas desus dari sumber rapat dengan Anwar, soal tusukan ke "stor kunyit" mangsa tidak akan banyak menimbulkan masalah. Tetapi yang akan ditekankan dan dipertikaikan hanyalah isu DNA. Isu inilah yang sering menghantui Anwar hinggakan terbawa-bawa ke dalam lena.

Team peguam Anwar sedar bahawa kaedah pengecaman DNA ini mampu membuatkan Anwar mendiami Sungai Buloh untuk tempoh masa lebih lama. Peluang Anwar cerah untuk berkhutbah politik pada dinding dan juga jeriji besi penjara.

Inilah isu yang paling Anwar dan barisan peguam belanya takuti. Ada khabar Anwar akan medapatkan pakar DNA terbaik dari negara YAHUDI untuk menidakkan kes terhadapnya. Malah Anwar mahukan pakar terbaik sahaja untuk mewakili kesnya di mahkamah nanti.

Usah dipersoalkan tentang harga, Anwar pasti sanggup membayar berapa sahaja. Bertrilion masih tak terusik didalam akaun ghaibnya.

Anwar bertekad untuk memenangi kes ini dengan apa cara sekalipun. Teori konspirasi kerajaan yang dimomokkan kepada rakyat nampaknya semakin ditolak. Sokongan moral daripada rakyat juga semakin menurun kepadanya berbanding kes liwat pertamanya dulu.

Saiful menjadi semakin popular. Manakala pencacai-pencacai Anwar semakin kehabisan akal. Umpan sudah habis ditaburkan, namun hasilnya amat menghampakan.

Nafas Anwar semakin pendek. Para pemikirnya tak mampu lagi mencari ruang baru untuk memperbaiki imej Anwar yang semakin kecundang. Anwar terpaksa bersendirian menghadapi hari-hari perbicaraannya yang mendatang.

Ulamak-ulamak politik Pas tidak mampu diharapkan. Apek kiasu DAP juga tak boleh digantungkan harapan.

Anwar cuba mengalihkan perhatian masyarakat dengan isu-isu nasional. Tetapi desakan keadilan dari rakyat terlalu kuat untuk ditandingi oleh topeng madani Anwar. Langkahnya yang bergaya menuju Putrajaya, tumbang hanya dengan hembusan Aura 1 Malaysia.

Harapan untuk melengahkan isu sodomi tak kesampaian. Mungkin tiba masanya untuk Anwar mencari tempat persembunyian.

Harapan tinggal harapan, impian berkuasa bakal berkubur ditengah jalan.

Slogan lawan tetap lawan..., akhirnya menjadi tak relevan.

Sungai Buloh menggamit lembut dengan penuh seribu satu cabaran.

Anwar menjadi semakin tak keruan.

Mengapa wakil rakyat BN Kedah hanya membisu?

PADA keseluruhannya rakyat Kedah di mana pun sekarang ini tidak senang dengan kerajaan negeri. Ini boleh didengar di kedai-kedai teh tarik, di surau-surau dan di pejabat-pejabat kerajaan.

Tetapi yang menghairankan saya, mengapakah perasaan rakyat ini tidak disuarakan oleh wakil-wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah atau menerusi akhbar bagi menunjukkan mereka prihatin kepada suara rakyat itu?

Bekas Menteri Besar Kedah juga nampaknya membisu seribu bahasa.

Lebih buruk lagi apabila seluruh negara telah mengetahui ada wakil rakyat negeri Kedah yang ponteng tidak menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

Keadaan di Kedah itu berbeza dengan kegigihan kebanyakan ADUN BN Selangor yang sentiasa aktif membangkitkan berbagai rasa tidak puas hati rakyat negeri itu daripada yang sekecil-kecilnya hingga kepada masalah yang sebesar-besarnya, daripada masalah mengenai agama sehingga kepada soal ekonomi dan politik.

Kebisuan ADUN BN Kedah seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat berpuas hati dengan kerajaan Pas yang ada sekarang atau menampakkan sebenarnya wakil-wakil BN adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjalankan tugas untuk mendekati rakyat bagi mendengar keluh-kesah mereka.

Sesungguhnya keadaan sebenarnya di Kedah sekarang begitu teruk. Selain tidak adanya projek-projek pembangunan untuk rakyat, sekitar kampung dan bandar tidak dapat dikawal kebersihannya. Peniaga-peniaga liar terdapat di sana-sini malah rumah pun dijadikan pasar ikan.

Penduduk kawasan perumahan sekitar bandar Alor Setar hidup dalam persekitaran yang busuk dan semak-samun, lalang liar dan rumput memanjang tidak dipotong dan sampah-sarap terbiar di sana sini, tidak diangkut mengikut jadual seperti semasa Barisan Nasional berkuasa dahulu.

Sesiapa yang tidak percaya, silalah berkunjung ke Taman Uda dan lain-lain taman di Jalan Sultanah.

Saya penduduk di kawasan ini sedang merancang untuk menghantar sampah-sarap yang tidak diangkat berhari-hari ke rumah Menteri Besar Kedah tetapi setakat ini, kami masih bersabar untuk melihat sejauh manakah masalah ini akan berlarutan.

Untuk mengatasi anggapan buruk rakyat, wakil-wakil rakyat Pas, ADUN dan Parlimennya mendakwa di sana sini beberapa projek besar sedang dijalankan seperti jambatan di Jalan Persekutuan berhampiran dengan Kelab Golf Permaipura Bedong sebagai hasil daripada permintaan wakil rakyatnya sedangkan itu ialah projek yang diluluskan sejak zaman Barisan Nasional lagi.

Berbagai pembohongan dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pas di Kedah sekarang ini untuk menyelamatkan diri mereka daripada kemarahan rakyat.

Tidak ada lagi kegiatan sosial, aktiviti belia dan wanita di kampung-kampung seperti dahulu.

Wakil rakyat Pas datang untuk menunjukkan muka dan sembahyang bersama orang kampung tetapi tidak dapat memberikan apa yang diminta oleh rakyat atau mengatasi masalah dan rungutan yang timbulkan oleh mereka.

Bagaimanapun adalah dikesali, wakil-wakil rakyat BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah seperti tidak mengetahui semua ini atau mereka mempunyai sebab untuk tidak bersuara dan tidak membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat ini kerana masing-masing merasa terancam untuk membangkitkannya?

TAN MELAKA

sumber - surat pembaca utusan malaysia - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Nizar Takut Kepada Samseng



Ini adalah satu alasan untuk menutup kelemahan dan kejatuhan PR di perak. Asal ada kesalahan semua di tudingkan ke BN atau UMNO. Maklum ajelah mereka semuakan calon-calon syurga. Mana ada kesalahan.

Kemenangan pada PRU 12 adalah ujian tuhan. Baharu dapat memerentah beberapa negeri, telah mendabik dada.

Sebenarnya pada PRU 12 undi rakyat adalah Protes Rakyat kepada BN. Supaya BN dapat koreksi diri. Bukan kerana menyokong PR. Sadarlah diri. Apa dah jadi "kita ada Number?". Tak malu ke!!!.

Syabas BN kerana berani melakukan perubahan demi perubahan demi rakyat dan 1 Malaysia.Syabas DS Najib..teruskan , jangan toleh belakang. Insya-Allah Malaysia akan maju, berjaya, makmur dan namanya akan terpahat di seluruh dunia.

PR berubahlah kalau ingin mendapat sokongan rakyat. Sokonglah kebenaran walauopun pahit. Bukan sekadar bangkang dan terus bangkang.

PR Usah demontrasi jalanan, kesian peniaga yang kerugian. Jangan fikir untuk diri sendiri aje.

Buka minda, buka hati....

PAS Lemah Ditunggang DAP PKR



Tertarik dengan satu blog yang ditulis oleh seorang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) tentang perjuangan PAS sebelum dan selepas berada dalam Pakatan yang sudah kelihatan LESU.

1. Matlamat PASmewujudkan sebuah pemerintahan yang terlaksana dengan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, kedaulatan dan kemerdekaan negara.

2. Kenapa PAS tidak menegakkan apa yang diperjuangkan semenjak memerintah Kelantan dan Kedah bersama-sama Selangor, Perak (bekas negeri) dan Pulau Pinang. Adakah makin hampir atau makin jauh! Di Mana janji-janji untuk menegakkan panji Islam di negeri dikuasai PAS?

3. Di mana janji semasa pilihan raya 2008 untuk menghapuskan atau mengawal penjualan arak secara berleluasa, maksiat dan judi? Di mana?

4. Sebelum pilihan raya yang lepas, PAS sangat garang memperjuangkan isu-isu yang melibatkan agama dan bangsa terutama di Parlimen tetapi sekarang PAS sudah hilang taring dan menjadi parti lesu. PAS gemar bercakap mengenai ekonomi, perundangan, kewangan dan sebagainya dengan mengabaikan isu agama.

5. Anwar Ibrahim menjadi punca sebab-sebab PAS tidak dihormati oleh DAP terutama dalam isu yang sensitif. Sikap PAS yang membisu mengenai Islam apabila dirosakkan oleh DAP telah menyebabkan PAS sebuah parti menumbang dalam Pakatan.

6. Di Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang, UMNO menjadi leading (pemimpin) dalam memperjuangkan Islam sedangkan PAS menjadi pengikut. Setiap kali memperjuangkan Islam, PAS akan ditentang oleh DAP yang merupakan sahabat karib dalam Pakatan antaranya mengenai isu lesen judi, arak dan konsert I-Dance.

7. Apa yang tidak patut, Harakah Online atau surat khabar Harakah lebih membuat liputan mengenai Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR dan DAP berbanding dengan pemimpin PAS. Misalnya baru-baru ini, semasa di Parlimen, Ustaz Taib Azamuden membuat penjelasan mengenai penggunaan kalimah Allah, Harakah tidak membuat liputan. Hanya Utusan Malaysia membuat liputan mengenai hal ini sedangkan akhbar milik PKR dan DAP lebih mengutamakan berita dan kenyataan pemimpin masing-masing sedangkan Harakah sebaliknya.

8. Katanya, PAS kini semakin bercelaru terutama mengenai isu; Isu Azan- Pemimpin PAS mempunyai pendirian yang berbeza. Ada yang mengambil pendirian menyokong supaya azan diperlahankan untuk mengambil hati 'rakan' mereka.

9. Ada pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' mengenai konsep kejiranan- mengutamakan jiran daripada azan. Pemimpin PAS lupa, salah satu tanda-tanda kiamat ialah azan tidak Lagi berkumandang di Udara dan menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda-tanda umat akhir zaman.

10. Kekeliruan ini menyebabkan ramai penyokong PAS menyokong 'fatwa' berkenaan sehingga ada pemimpin PAS yang lain membuat laporan polis mengenai isu tersebut dengan menganggapnya sebagai fitnah dan berniat jahat. Sebenarnya umat Islam mengetahui perbuatan ini bermula dari PAS dan kenapa pemimpin PAS menyalahkan orang lain!

11. Penggunaan Perkataan Allah untuk pelbagai agama. Nik Aziz sebagai Ulama PAS yang paling dihormati membuat kenyataan perkataan Allah boleh digunakan oleh agama lain sehingga disokong oleh dua orang ahli Parlimen PAS. Ustaz Taib Azmudden di dalam Parlimen telah memberi komennya untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam.

12. Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria memberitahu berdasarkan kepercayaan atau Tauhid, Allah hanya untuk agama Islam sahaja sedangkan PAS membuat kenyataan sebaliknya.

13. Ketaatan pada Ulul Amri atau kreabiliti sultan dirosakkan oleh PAS yang bertentangan dengan Islam dengan membelakangi al-Quran dan Sunnah yang menyuruh rakyat menghormati pemimpin. Setiap rakyat wajib menghormati dan mentaati pemimpin sedangkan ulama PAS menghalalkan penentangan terhadap Ulul Amri.

14. "Untuk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas Hadis dan ayat-ayat suci al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin semata-mata tidak mengaku perbuatan salah dilakukan oleh PAS dan Pakatan. Di mana objektif penubuhan PAS di sini?

15. Tindakan Ulama PAS telah menyebabkan segelintir penyokong PAS di Perak bertindak di luar batasan dengan mengadakan demo untuk menghina Ulul Amri, iaitu Sultan Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS atau merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir-fikirlah. Nasi menjadi bubur kerana sikap tersebut dan akan menjadi ‘burden’ kepada PAS di kemudian hari.

16. Bar Council yang membincangkan mengenai isu Hak Keistimewaan Melayu dan Islam serta Forum Kebebeasan Beragama. PAS kata tak apa sebab menghormati rakan DAP yang merupakan ahli BC.

17. Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dari UMNO. UMNO lebih menyerlah dalam mempertahankan isu ini.

18. Dewan Ulama PAS sejak akhir-akhir ini menjadi lesu dan tidak berfungsi dengan baik. harakah juga kurang memberi liputan tentang dewan berkenaan sedangkan ia sebagai tempat mengatasi kecelaruan PAS mengenai isu tertentu terutamanya berkaitan dengan agama.

19. Musyawarah atau perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama’ PAS sebelum sebarang kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS atau saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat balasannya di akhirat kelak.

20. Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain-lain hanya akan menjadikan bahan bagi pihak BN menghentam PAS. Adakah isu-isu ini mendapat sokongan Dewan Ulama ? Salah siapa? Komen-komen pimpinan atau individu apabila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan.

21. Janganlah Dewan Ulama berfungsi apabila Muktamar diadakan. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan dan menjadi rujukan oleh semua pimpinan dan ahli-ahli PAS sebelum terlambat.

PAS Kalah Anwar Ibrahim PKR Histeria

Pakatan Rakyat sudah mula hilang 'pakatan' nya. PRK N31 Bagan Pinang telah membuktikan bahawa rakyat telah menolak Pakatan Rakyat. Pentadbiran baru dibawah pimpinan DSNTR sebagai PM telah mula menampak kan kejayaan nya melonggarkan ikatan 'pakatan rakyat'. Ini telah terbukti di Bagan Pinang.

Sebenarnya rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu sudah dapat menilai tahap kepimpinan di antara kerajaan yang sedang memerintah dan Pakatan Rakyat. Selama lebih 50 tahun BN memerintah negara, berbagai bidang kemajuan telah terlaksana, negara makin bertambah maju, aman dan makmur. Sehinggakan negara kita telah menjadi salah satu negara yang termaju di rantau Asia.

Sedangkan Pakatan Rakyat belum pun pernah memberi atau mununjuk kan sebarang usaha dan jasanya kepada rakyat. Pemimpin2 mereka tidak pernah sehaluan, mereka masing2 ada agenda tersendiri untuk kepintingan diri sendiri.

Apa yang pernah berlaku di negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat telah banyak memberi kan ke insafan kepada kaum melayu. Rakyat negeri Perak terselamat kerana kesedaran dua orang wakil DUN PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong kerajaan BN.

Melawat Tapak Kuil Seksyen 23 Pakatan Selangor


Anda semua dijemput hadir melihat dengan mata anda sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di Shah Alam. Kita bersama-sama pergi melawat tapak kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 kemudian kita melawat pula tapak kuil yang disediakan oleh kerajaan pakatan di Seksyen 23. Kemudian anda boleh buat perbandingan dan nilai sendiri.

5.00 petang - berkumpul di tapak pembinaan kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN pada 2007 di Seksyen 18. (Panduan ke sana akan diberikan kemudian) dan meninjau keadaan sekeliling.

5.20 petang - berkonvoi ke tapak yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan di Seksyen 23

5.30 petang - meninjau keadaan sekeliling dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

6.00 petang - bersurai

Tiada sebarang ucapan politik atau provokasi yang dibenarkan pada hari berkenaan. Kita bukan hendak berpolitik atau menimbulkan kekecohan. Cuma untuk menunjukan kebenaran yang cuba dipadamkan.

Anda datang...
Anda lihat...
Anda fikir...
Anda nilai...
Anda buat keputusan...

Kita datang dengan baik dan kita pulang dengan baik.

Kehadiran rakan-rakan blogger amatlah diharapkan.

Dajjal yang bernama Anwar Peliwat bin Anwar Pengkhianat


Dajjal bernama Anwar Ibrahim ini semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang cetek maklumat mengenai latarbelakang peribadinya.

Ia bagaikan satu benda ajaib di dalam dunia kerana manusia yang memiliki peribadi paling teruk diangkat dan dijulang malah secara terang-terangan pelbagai pihak cuba mendedahkan konspirasi Anwar, makin ramai pula menyokong beliau.

Anwar memang seorang yang bijak dan kebijakannya digunakan bagi mengaburi pemikiran dan mata rakyat serta meletakkan setiap pertuduhan dan cemuhan orang kepadanya sebagai alat meraih simpati.

Anwar selepas keluar dari penjara dan Pakatan Pengkhinat menang tanpa diduga pada Pilihanraya PRU12 baru-baru telah secara terang melakukan beberapa pekara keji dan sehingga mencabar kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Antara yang dilakukan si Pengkhianat ini adalah:

a. Meliwat Saiful Bukhari, bekas Pembantu Peribadinya. Saiful telah bersumpah Laknat dan ini secara jelas, dia terinaya. Kesnya sehingga ke hari ini tertangguh dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

b. Terus berhubung dengan Yahudi demi mendapatkan dana-dana serta beberapa kali keluar negara bagi bertemu dengan Yahudi membincangkan kaedah menjatuhkan kerajaan pemerintah.

c. Mewar-warkan kepada umum bahawa dia akan menjadi PM dan menjanjikan tarikh-tarikh tertentu serta sehingga kini masih belum berjaya mencapai misinya. Janji inilah paling terang-terangan menipu rakyat.

d. Memutarbelitkan fakta mengenai minyak dan menipu rakyat kononnya dia boleh turunkan harga minyak dengan teori teruknya. Malahan dia jelas menipu kerana teorinya langsung tidak berguna dan hanya orang bodoh sahaja mempercayainya.

e. Apabila Hindraff bersama tuntutan tidak munasabahnya, Anwar celaka ini menyokong Hindraff dan bagi mereka yang logik pasti dapat menilai, Hindraff sebuah kumpulan pelampau.

f. Anwar sekali lagi menunjukkan sifat celakanya apabila menyokong secara terang-terangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang walaupun cadangan itu mendapat tentangan hebat seluruh rakyat Malaysia.

Dan ada beberapa pekara lagi yang Anwar lakukan telah banyak menimbulkan keraguan dan kekeliruan.

Bagi yang singkat fikirannya pasti percaya kepada konspirasi Anwar dan berasa sangat marah kepada kerajaan pemerintah.

Bagi yang berfikir pasti mereka akan sedar bahawa Anwar memang pengkhianat.

Wallahhualam.