Belina Shop

Nizar Takut Kepada Samseng



Ini adalah satu alasan untuk menutup kelemahan dan kejatuhan PR di perak. Asal ada kesalahan semua di tudingkan ke BN atau UMNO. Maklum ajelah mereka semuakan calon-calon syurga. Mana ada kesalahan.

Kemenangan pada PRU 12 adalah ujian tuhan. Baharu dapat memerentah beberapa negeri, telah mendabik dada.

Sebenarnya pada PRU 12 undi rakyat adalah Protes Rakyat kepada BN. Supaya BN dapat koreksi diri. Bukan kerana menyokong PR. Sadarlah diri. Apa dah jadi "kita ada Number?". Tak malu ke!!!.

Syabas BN kerana berani melakukan perubahan demi perubahan demi rakyat dan 1 Malaysia.Syabas DS Najib..teruskan , jangan toleh belakang. Insya-Allah Malaysia akan maju, berjaya, makmur dan namanya akan terpahat di seluruh dunia.

PR berubahlah kalau ingin mendapat sokongan rakyat. Sokonglah kebenaran walauopun pahit. Bukan sekadar bangkang dan terus bangkang.

PR Usah demontrasi jalanan, kesian peniaga yang kerugian. Jangan fikir untuk diri sendiri aje.

Buka minda, buka hati....

PAS Lemah Ditunggang DAP PKR



Tertarik dengan satu blog yang ditulis oleh seorang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) tentang perjuangan PAS sebelum dan selepas berada dalam Pakatan yang sudah kelihatan LESU.

1. Matlamat PASmewujudkan sebuah pemerintahan yang terlaksana dengan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, kedaulatan dan kemerdekaan negara.

2. Kenapa PAS tidak menegakkan apa yang diperjuangkan semenjak memerintah Kelantan dan Kedah bersama-sama Selangor, Perak (bekas negeri) dan Pulau Pinang. Adakah makin hampir atau makin jauh! Di Mana janji-janji untuk menegakkan panji Islam di negeri dikuasai PAS?

3. Di mana janji semasa pilihan raya 2008 untuk menghapuskan atau mengawal penjualan arak secara berleluasa, maksiat dan judi? Di mana?

4. Sebelum pilihan raya yang lepas, PAS sangat garang memperjuangkan isu-isu yang melibatkan agama dan bangsa terutama di Parlimen tetapi sekarang PAS sudah hilang taring dan menjadi parti lesu. PAS gemar bercakap mengenai ekonomi, perundangan, kewangan dan sebagainya dengan mengabaikan isu agama.

5. Anwar Ibrahim menjadi punca sebab-sebab PAS tidak dihormati oleh DAP terutama dalam isu yang sensitif. Sikap PAS yang membisu mengenai Islam apabila dirosakkan oleh DAP telah menyebabkan PAS sebuah parti menumbang dalam Pakatan.

6. Di Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang, UMNO menjadi leading (pemimpin) dalam memperjuangkan Islam sedangkan PAS menjadi pengikut. Setiap kali memperjuangkan Islam, PAS akan ditentang oleh DAP yang merupakan sahabat karib dalam Pakatan antaranya mengenai isu lesen judi, arak dan konsert I-Dance.

7. Apa yang tidak patut, Harakah Online atau surat khabar Harakah lebih membuat liputan mengenai Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR dan DAP berbanding dengan pemimpin PAS. Misalnya baru-baru ini, semasa di Parlimen, Ustaz Taib Azamuden membuat penjelasan mengenai penggunaan kalimah Allah, Harakah tidak membuat liputan. Hanya Utusan Malaysia membuat liputan mengenai hal ini sedangkan akhbar milik PKR dan DAP lebih mengutamakan berita dan kenyataan pemimpin masing-masing sedangkan Harakah sebaliknya.

8. Katanya, PAS kini semakin bercelaru terutama mengenai isu; Isu Azan- Pemimpin PAS mempunyai pendirian yang berbeza. Ada yang mengambil pendirian menyokong supaya azan diperlahankan untuk mengambil hati 'rakan' mereka.

9. Ada pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' mengenai konsep kejiranan- mengutamakan jiran daripada azan. Pemimpin PAS lupa, salah satu tanda-tanda kiamat ialah azan tidak Lagi berkumandang di Udara dan menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda-tanda umat akhir zaman.

10. Kekeliruan ini menyebabkan ramai penyokong PAS menyokong 'fatwa' berkenaan sehingga ada pemimpin PAS yang lain membuat laporan polis mengenai isu tersebut dengan menganggapnya sebagai fitnah dan berniat jahat. Sebenarnya umat Islam mengetahui perbuatan ini bermula dari PAS dan kenapa pemimpin PAS menyalahkan orang lain!

11. Penggunaan Perkataan Allah untuk pelbagai agama. Nik Aziz sebagai Ulama PAS yang paling dihormati membuat kenyataan perkataan Allah boleh digunakan oleh agama lain sehingga disokong oleh dua orang ahli Parlimen PAS. Ustaz Taib Azmudden di dalam Parlimen telah memberi komennya untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam.

12. Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria memberitahu berdasarkan kepercayaan atau Tauhid, Allah hanya untuk agama Islam sahaja sedangkan PAS membuat kenyataan sebaliknya.

13. Ketaatan pada Ulul Amri atau kreabiliti sultan dirosakkan oleh PAS yang bertentangan dengan Islam dengan membelakangi al-Quran dan Sunnah yang menyuruh rakyat menghormati pemimpin. Setiap rakyat wajib menghormati dan mentaati pemimpin sedangkan ulama PAS menghalalkan penentangan terhadap Ulul Amri.

14. "Untuk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas Hadis dan ayat-ayat suci al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin semata-mata tidak mengaku perbuatan salah dilakukan oleh PAS dan Pakatan. Di mana objektif penubuhan PAS di sini?

15. Tindakan Ulama PAS telah menyebabkan segelintir penyokong PAS di Perak bertindak di luar batasan dengan mengadakan demo untuk menghina Ulul Amri, iaitu Sultan Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS atau merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir-fikirlah. Nasi menjadi bubur kerana sikap tersebut dan akan menjadi ‘burden’ kepada PAS di kemudian hari.

16. Bar Council yang membincangkan mengenai isu Hak Keistimewaan Melayu dan Islam serta Forum Kebebeasan Beragama. PAS kata tak apa sebab menghormati rakan DAP yang merupakan ahli BC.

17. Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dari UMNO. UMNO lebih menyerlah dalam mempertahankan isu ini.

18. Dewan Ulama PAS sejak akhir-akhir ini menjadi lesu dan tidak berfungsi dengan baik. harakah juga kurang memberi liputan tentang dewan berkenaan sedangkan ia sebagai tempat mengatasi kecelaruan PAS mengenai isu tertentu terutamanya berkaitan dengan agama.

19. Musyawarah atau perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama’ PAS sebelum sebarang kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS atau saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat balasannya di akhirat kelak.

20. Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain-lain hanya akan menjadikan bahan bagi pihak BN menghentam PAS. Adakah isu-isu ini mendapat sokongan Dewan Ulama ? Salah siapa? Komen-komen pimpinan atau individu apabila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan.

21. Janganlah Dewan Ulama berfungsi apabila Muktamar diadakan. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan dan menjadi rujukan oleh semua pimpinan dan ahli-ahli PAS sebelum terlambat.

PAS Kalah Anwar Ibrahim PKR Histeria

Pakatan Rakyat sudah mula hilang 'pakatan' nya. PRK N31 Bagan Pinang telah membuktikan bahawa rakyat telah menolak Pakatan Rakyat. Pentadbiran baru dibawah pimpinan DSNTR sebagai PM telah mula menampak kan kejayaan nya melonggarkan ikatan 'pakatan rakyat'. Ini telah terbukti di Bagan Pinang.

Sebenarnya rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu sudah dapat menilai tahap kepimpinan di antara kerajaan yang sedang memerintah dan Pakatan Rakyat. Selama lebih 50 tahun BN memerintah negara, berbagai bidang kemajuan telah terlaksana, negara makin bertambah maju, aman dan makmur. Sehinggakan negara kita telah menjadi salah satu negara yang termaju di rantau Asia.

Sedangkan Pakatan Rakyat belum pun pernah memberi atau mununjuk kan sebarang usaha dan jasanya kepada rakyat. Pemimpin2 mereka tidak pernah sehaluan, mereka masing2 ada agenda tersendiri untuk kepintingan diri sendiri.

Apa yang pernah berlaku di negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat telah banyak memberi kan ke insafan kepada kaum melayu. Rakyat negeri Perak terselamat kerana kesedaran dua orang wakil DUN PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong kerajaan BN.