Belina Shop

Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Anwar The Puppets Is Going Down


Tah la aku pun tak reti nak eja perkataan "MERUDUM" betul ke? Tapi korang pun tau le kan. ANWAR AKAN JATUH TERGOLEK TERUS KE PENJARA! Dengan izin ALLAH. Munafik ini (Anwar Ibrahim) yang sedang dalam ketakutan dah mula memohon kes nyer di gugurkan. Ketaq kata org utara. Kita semua dapat lihat bagaimana DSAI berdolak dalik untuk bersumpah laknat. Untuk umat Islam, itu pun dah cukup membuktikan DSAI secara hukum akalnya BERSALAH dalam hal ini. Kenapa perlu takut dan meletakkan bermacam2 syarat nak bersumpah? Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH! Tetapi kita ni hidup dengan undang2 dunia. Kene ikut cara yang betul. Jadi ke mahkamah la kita kan.

Untuk isteri dan anak2 DSAI, jgn lah nak tuduh kerajaan BN campurtangan dalam keputusan mahkamah. Kalah... mahkamah di kuasai Kerajaan BN, Menang... mahkamah ADIL! Ini sikap korang yang tak dapat di ubah. Mahkamah hanya adil bila memihak kepada mereka.

''Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik'' kata Izzah anak DSAI.

Inilah kenyataan seorang MP hingusan, yang menang pilihanraya di atas sikap undi protes penyokong BN. Apa pun, sekali lagi, aku yakin DSAI akan tergolek dalam kes ini. Untuk Saiful, tabahlah menghadapi keadaan ini. Teruskan perjuangan, tegakkan kebenaran dan jgn takut, ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR!

Beli Undi Dalam PAS By Warisan Tamar


POLITIK wang dan beli undi? Beza cuma perkataan sahaja. Maksudnya 2 x 5 serupa. Dalam akhbar mingguan arus perdana (10 Mei 2009) ada temubual dengan pemimpin kanan PAS (Datuk Muhammad Daud, Ketua Dewan Ulama PAS) dan antara yang disentuh adalah kisah nasib pemimpin ulamak dan profesional menjelang Muktamar Agung PAS. Namun yang paling menarik perhatian ialah kisah Ringgit Malaysia juga turut sama dibawa dalam pemilihan parti yang kononnya maksum daripada dosa dan apa jua kesalahan.

Ramai rakan blogger juga sudah mengulas isu ini. Saya sekadar tersenyum dan terfikir bahawa apabila kita menuding satu jari kepada orang lain, kita terlupa ada empat lagi jari menuding ke arah kita. Hari ini akhbar arus perdana juga memaparkan kenyataan seorang pemimpin PAS Kelantan yang meminta `bukti' bahawa gejala beli undi a.k.a politik wang sedang berlaku dalam PAS. Pemimpin kanan yang mengatakan bahawa gejala beli undi berlaku dalam PAS bukan calang-calang...dia dari Dewan Ulama PAS...cabang parti yang amat penting dalam PAS.

Persoalannya, adakah PAS akan bertindak `menyembunyikan' dan `menafikan' pekung politik wang dalam parti mereka? Saya berpendapat mereka akan menafikan sehabis-habisnya. Mereka memburukkan UMNO dalam soal ini tapi sekurang-kurangnya UMNO `lebih berani' untuk mendedahkannya dan bertindak.

WT: Jangan pula ada yang bagi duit pakai not bukan RM...macam Riyal ke, Rupiah ke...nanti perwakilan PAS susah pulak berbaris depan kaunter money changer...atau nanti akan ada kaunter tukaran matawang asing disediakan semasa Muktamar PAS agar kisah gejala beli undi itu boleh dihalalkan dan dianggap sedekah dari pemimpin bertanding kepada para perwakilan. Apa pula `fatwa' Nik Aziz selepas ini...??? Mungkin beliau ada idea untuk menghalalkan yang haram...