Permatang Pasir: Lagi Sebab Mengapa Anda Perlu Memilih Calon Barisan Nasional

Semua sudah sedia maklum bahawa di N11 Permatang Pasir bakal menyaksikan persaingan diantara Umno dan Pas.

Umno dengan gagasan perjuangan terhadap agama, bangsa dan tanahair manakala Pas membawa "bendera" perjuangan Islam liberal iaitu islam yang dipergunakan sepenuhnya untuk "menghalalkan" salah laku politik mereka.

Setiap undi yang diberikan kepada Umno/BN di N11 bererti masyarakat Permatang Pasir mahukan perubahan dari segi pembangunan setempat serta kuasa politik orang melayu kembali "digeruni" di P.Pinang.

Dan jika undi diberi kepada calon Pas, maka mereka harus bersedia menjadikan melayu dan Islam di P.Pinang "budak suruhan" kepada DAP yang kini mengepalai kerajaan negeri.

DAP secara asasnya tidak mahukan Islam diangkat dan dijulang sebagai asas negara dan seboleh-bolehnya DAP tidak mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang syumul.

Rentetan peristiwa penghinaan kepada raja yang menjadi ketua ugama Islam di negara ini oleh pemimpin atasan DAP, boleh dilihat sebagai "cermin" kepada perwatakan sebenar mereka.

Penolakan terhadap sistem pentadbiran Islam yang diusulkan oleh Pas setelah mereka berjaya menakluk 5 negeri pada PRU12 yang lalu juga adalah satu bukti kepada rakyat Malaysia tentang "belang" sebenar DAP.

Ditambah pula dengan penghinaan terhadap Islam dan melabel aktivis Islam sebagai "EKSTREMIS" adalah merupakan kebiadapan secara terang-terangan oleh pemimpin2 DAP. Apakah ini yang dinamakan sebagai perjuangan menegakkan Islam oleh Pas apabila bersekongkol dengan DAP?

Masyarakat di N11 Permatang Pasir (melayu dan islam khususnya) harus sedar bahawa kedudukan bangsa melayu dan kesucian ugama Islam tidak akan terjamin dibawah tangan DAP.

Dan apabila Pas bersekongkol dengan DAP didalam Pakatan, Pas sebenarnya telah menggadaikan semangat Islam dan kuasa politik orang melayu.

Dan untuk masyarakat bukan Islam di N11 Permatang Pasir, lihat sahaja perlakuan pemimpin2 DAP didalam menangani masalah Kampung Buah Pala. Ketua Menteri bersenang lenang di "banglo" mewahnya kerana takutkan musang dan anai2 manakala penduduk2 miskin di Kampung Buah Pala berjuang bermati-matian mempertahankan "pondok" mereka dari kerakusan agenda kerajaan negeri DAP.

Biarpun jika Umno/BN menang di N11 Permatang Pasir tak akan mengubah senario pucuk pimpinan kerajaan negeri oleh DAP, namun ia akan menjadi signal awal kebangkitan kembali sistem pemerintahan yang lebih adil demi agama, bangsa dan tanahair.

Dan kemenangan Umno/BN di N11 Permatang Pasir bakal menjadi pemangkin untuk "menenggelamkan" kuasa politik rakus Pakatan di Pulau Pinang yang di tunjangi oleh DAP pada PRU13 nanti.

Dan buat pengundi2 melayu/Islam di N11 Permatang Pasir, jika budi yang anda runsingkan..., hutang budi terhadap Anwar Ibrahim telah anda langsaikan dengan memilihnya menjadi ahli Parlimen. Manakala buat pengundi bukan Islam yang mahukan pemimpin mereka menerajui negeri...., Lim GE telahpun diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi masyarakat N11 Permatang Pasir haruslah mengambil peluang kali ini dengan memilih Umno/BN mewakili mereka demi kebaikan mereka sendiri.

Jangan lah dilepaskan peluang "keemasan" ini kerana selama 3 penggal DUN Permatang Pasir berada dibawah Pas. Malah wakil Pas yang dipilih oleh masyarakat Permatang Pasir tidak dipandang sebelah mata pun oleh DAP dan tidakpun dipilih pun menjadi exco kerajaan negeri.

Maka, buatlah pilihan yang bijak pada 25hb nanti. Jangan lah sekali lagi tersalah pilih seperti yang dilakukan selama 3 penggal yang lalu. Biarpun calon Pas adalah juga seorang melayu, tetapi sekurang2nya pilihlah melayu yang mampu bersuara memperjuangkan hak2 rakyat serta kepentingan agama dan bangsa.

Pilihan ditangan anda masyarakat N11. Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak cucu anda.

Cabar PAS Keluar Dari Pakatan Kalau Ada TELUR!!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.

Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.

Beliau berkata, Pas sering dilayan tidak adil terutama dalam pemberian kuasa walaupun ia terbesar dalam gabungan berdasarkan ahli dan sumbangan dari segi tenaga kerja pada setiap pilihan raya.

"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara.

Mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

Katanya lagi,"Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam."

Kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.

"Pada pilihan raya kecil Permatang Pasir difahamkan Pas akan bertanding, saya cadangkan mereka minta jawatan Exco Pulau Pinang. Jika tidak dapat, keluar pakatan dan nilai harga diri," katanya.

Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Ghazali pula berkata sekiranya Pas mempunyai maruah dan prinsip parti itu tidak akan sanggup membiarkan diri mereka terus diperbudakkan rakan pakatannya dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika Pas gagal menyambut cabaran ini bermakna Pas sanggup menggadaian Islam demi kuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertikaian penjualan arak di negeri itu di mana Pas akhirnya berdamai dengan DAP walaupun sebelum ini lantang menentang tindakan Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula arak yang dirampas dari kedai serbanika 24 jam di Shah Alam.

“Jika mereka (Pas) benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan saya cabar mereka mengulangi kenyataan tersebut. Jangan hanya kepentingan politik, mereka sanggup mengunci mulut dan memekakkan telinga“, katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Hj Ahmad Nawawi memberikan kata kata yang begitu bertenaga, ternyata sebagai tuan rumah beliau begitu berbisa.

Lokman Noor Adam, EXCO Pemuda UMNO Malaysia pula memulakan kehangatan malam dengan penjelasan isu isu panas yang kini berlaku di Selangor.

Lebih kurang 1000 orang hadir berduyun-duyun ke program pemuda Shah Alam. Kepada mereka yang mahu membuat provokasi murahan, janganlah buat cerita dongeng. Bak kata Lokman Noor Adam, Hampa semua sama macam Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). Depan belakang semua bole.

Kroni Anwar Ibrahim - Farah Afifa

1. 10 Ogos lalu adalah ulangtahun kelahiran AnWAR yang ke 62. Kebiasaannya hari bersejarah bagi AnWAR disambut secara eksklusif dengan kehadiran tetamu yang terhad sekitar 10-12 orang dan diadakan di hotel 'bintang 5' di Petaling Jaya.

2. Tetamu yang hadir ialah kroni AnWAR yang disebut sebelum ini iaitu Azmin dan Shamsidar selain AnWAR dan Wan Azizah. Ada dua pasangan lagi yang menjadi tetamu yang mana 1 pasangan itu ialah rakan tenis AnWAR berbangsa Melayu.

3. Selain bersantai dan menikmati majlis tersebut, AnWAR akan dihadiahkan lagu "Endless Love" oleh Shamsidar Taharin dengan nyanyian yang penuh syahdu dan beremosi (tangkap leleh beb). Satu lagi lagu 'hadiah' kepada AnWAR ialah lagu tema filem Titanic "My Heart Will Go On".

4. AnWAR akan hadir tanpa anak-anak, begitu pasangan yang lain. Hanya seorang kanak-kanak sahaja yang hadir bernama Farah Afifa dari pasangan Azmin-Shamsidar. Begitu istimewa sekali anak ini. Pasti dibawa Shamsidar ke mana-mana majlis yang melibat AnWAR.

5. Begitu juga jika ada majlis di rumah AnWAR (kediaman rasmi TPM Jln. Damansara [dulu]), Farah Afifa pasti akan dihulur Shamsidar kepada AnWAR biarpun Wan Azizah yang berdiri di sisi AnWAR masam mencuka dan diam membisu!

6. Farah Afifa akan terus dibawa ke sebuah bilik di tingkat atas rumah AnWAR oleh pembantunya untuk berehat atau bermain. Betapa sibuknya AnWAR melayani tetamu di tingkat bawah, beliau akan nnaik ketingkat atas menjenguk Farah Afifa.

7. AnWAR juga membahasakan dirinya 'PAPA' ketika mengagah Farah Afifa (masih bayi tika itu). Apabila Farah Afifa semakin besar, AnWAR juga mengajar Farah Afifa memanggilnya 'PAPA'. Kenapa? Mungkin AnWAR boleh jawab dlm ceramah nanti.

AnWAR cukup mengambil berat tentang Farah Afifa! Amat bertuah sekali kanak-kanak bernama Farah Afifa ini, punya dua orang bapa. Satu daddy dan satu papa dan punya seorang ibu yang dipanggil mummy. Hidupnya dilimpahi kemewahan serta ditatang bagai minyak yang penuh oleh 'dua' bapanya dan seorang ibu. Adik beradiknya yang lain pun tidak seuntungnya, hanya mendapat kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu.

TAPI, Farah Afifa ini amat tidak disukai oleh Wan Azizah serta semua keluarga AnWAR. Persis ibu tiri konvensional, setiap kunjungan Farah Afifa ke Bukit Segambut akan disambut dingin Wan Azizah. Beliau tidak dapat mengawal perasaannya dengan 'body language' seperti mahu menghalau Farah Afifa setiap kali berhadapan dengannya.

Ini dilema Wan Azizah dan keluarganya! Namun AnWAR seperti tidak memperdulikannya, kerana menurut AnWAR kepada Wan Azizah, beliau menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada anak-anak dan Farah Afifa. Barangkali inilah yang tidak dikehendaki Wan Azizah! Kasih sayang suami hanya kepadanya dan anak-anak sahaja.......

Sekian.

Anwar Ibrahim, Tiada Maaf bagi Lu!

"Saya nak beritahu, saya tak kan minta maaf. Memang itu kenyataan yang saya buat, saya bukan bohong," kata TPM pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.

Great! Ajar sikit orang tu. Dia ingat dia pandai dan dia boleh cakap & suruh penyokong fanatik gile babi tu buat apa yang dia suka? Siap lu Anwar Al Juburi! TPM kasi ko makan nasi anjing kat Penjara BARU!

YB Rodziah Ismail Makan Duit Haram



Salah satu dokumen penyelewengan YB Rodziah mula didedahkan..klik pada imej untuk besarkan

Oleh Medan Info Kita

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi…..

Blogmaster dan rakan rakan bloggers yang lain baru selesai perjumpaan sulit dengan salah seorang wakil NGO yang menemani Pengerusi GERAK untuk menyerahkan dokumen penyelewengan dana kerajaan negeri oleh seorang wakil rakyat di Selangor di pejabat SPRM tempoh hari.

Memang sah! Sungguh tak disangka…., benarlah kata hikmah berbahasa Inggeris, “ Don’t Judge A Book By Its Cover”.

ADUN Batu 3, Yb Rodziah Ismail yang memiliki “panggilan manja” iaitu Kak Ogy adalah sabjek yang dimaksudkan dalam dokumen pengaduan tersebut..! Patutlah beliau gelabah apabila berita ini mula tersebar sejak kelmarin, blog ini ada beri ulasan.

Difahamkan bahawa dokumen tersebut telah disiapkan oleh jawatankuasa dalaman PKR sendiri yang menyenaraikan kepincangan dan salah laku cara penggunaan dana di DUN Sementa yang menjadi DUN Angkat kepada Rodziah Ismail. Kerusi DUN Sementa dimenangi oleh wakil rakyat UMNO, Datuk Hj Abdul Rahman Palil, maka segala peruntukan dana untuk kawasan tersebut perlu dikelolakan oleh seorang “ Yb Angkat”, Rodziah Ismail telah diamanahkan tanggungjawab tersebut.

“Dokumen yang diserahkan telah dihasilkan oleh beberapa pemimpin serta Ajk PKR sendiri, ianya adalah Internal Documentation.., bukannya datang dari musuh PKR ataupun pengundi-pengundi di DUN Sementa!” jelas sahabat kita memaklumkan kepada kami.

Tambah beliau lagi, “ kalau kita perhatikan daripada isi kandungan dokumen tersebut, ianya seakan-akan suatu pengaduan dibuat untuk tindakan sewajarnya oleh pihak atasan PKR keatas Yb Rodziah dan beberapa individu yang terlibat, tetapi ada kemungkinan perkara ini dibiarkan begitu sahaja, maka itulah sebabnya dokumen ini telah diletakkan dipejabat GERAK, barangkali dengan harapan agar pihak GERAK boleh membawanya ke pengetahuan pihak berwajib…”

Mengikut petikan akhbar Berita Harian 31 Julai 2009, Pengerusi GERAK Nazree Yunus memaklumkan bahawa dokumen tersebut diletakkan didepan pejabatnya di Kelana Jaya dan pengirimnya tidak diketahui.

Apakah kerana terlalu banyak dana yang perlu diuruskan maka Rodziah Ismail tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan baik..? Ataupun mungkin beliau menjadi “KAGET” lalu berada dialam “culture shock” kerana belum pernah “diberi tugas membelanjakan” dana yang mencecah 6 Angka..? Gambarannya adalah seperti “Dayak Mendapat Senapang”.

Selain daripada menguruskan dana DUN beliau sendiri di Batu 3 Shah Alam dan juga dana DUN Sementa iaitu DUN Angkat, sebagai Exco beliau juga perlu mengendalikan dana dana dibawah portfolionya iaitu Kebajikan & Hal Ehwal Wanita dan juga Sains Teknologi & Inovasi.

Sebagai seorang wanita yang selama ini mempamerkan perwakatakan seperti ’Pemimpin Islamik’ lengkap bertudung, seharusnya Rodziah tidak membenarkan sedikit pun ruang untuk dikaitkan dengan sebarang kes kes penyelewengan..!

Inilah dia dugaan daripada Allah swt, sewaktu belum mendapat kuasa dan pangkat, berbagai bagai janji akan dibuat seolah olah diri mereka itu MAKSUM dan tidak akan terlepas dari sebarang dosa ataupun bakal mendepani ujian ujian mengukur tahap nafsu masing masing.

Sesudah rezeki berlonggok didepan mata, dana untuk DUN sendiri, dana DUN Angkat, dana beberapa portfolio sebagai Exco , maka tidak mustahil iman manusia akan menjadi semakin nipis…., apatah lagi kuasa ada ditangan, dan hanya perlu tandatangan!

Paku Dulang Paku Serpih….
Dulu Mengata Orang…, Sekarang Mereka Pulak Yang Lebih..!!

Walaupun Rodziah telah cuba membela dirinya apabila menjelas kepada akhbar Sinar pada 1 Ogos [klik sini] bahawa “ segala peruntukan yang dibelanjakan mendapat nasihat daripada pejabat daerah maka isu penyelewengan tak timbul..” TETAPI jangan lupa bahawa dokumen pengaduan ini dibuat oleh beberapa pimpinan serta Ajk PKR sendiri, bukannya dari mana mana pihak yang lain..! Begitu juga dipihak pejabat daerah sudah tentu akan membuat bayaran keatas tuntutan dan perbelanjaan sekiranya tertera tandatangan Yb disitu….

Sepatutnya Rodziah perlu buat kenyataan “Saya Sedia Disiasat” dan bukannya menuding jari kearah orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri!

Tindakan PAS menyertai demonstrasi MEMALUKAN!

Seawal pagi tadi TM telah dihampiri seorang rakan. Seorang wanita melayu dan juga pembaca blog TM. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap setengah muslihat parti islam Malaya yang menyertai bantahan GMI semalam. Mereka mengaku Islam dan mengenakan pakaian bercirikan islam tetapi sifat dan ego mereka tidak mencermin kan diri mereka seorang wanita islam. Sungguh menjijikkan katanya. TM hanya mampu tersenyum.