Belina Shop

Showing posts with label Unity Government. Show all posts
Showing posts with label Unity Government. Show all posts

PAS Takde Telur

Pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Siap tandangan... sekali macam MoU la pulak... lepas ni siapa buat kenyataan tentang kerajaan perpaduan akan disaman gamaknya... Paling aku kelakor ni kenyataan haji hadi, dah dia yang cakap dulu tentang kerajaan Perpaduan... lepas tu dia kata UMNO dan BN yang mulakan isu ini... ku kui kui... sampai si nasharudin dihalau oleh Nik Aziz dari PAS... kui...kui...kui..

Sebenar keputusan ini telah diketahui sebagaimana yang dimaklumkan dari dahulu PAS takutkan DAP dan PKR!... tak de telor!

sekarang siapa sebenarnya tidak ikhlas!....

memang jelas.. Aspirasi Bangsa

Pecat Nizar daripada Pecat Nasha & Mustafa


Beberapa Pekara Besar yang belum dijawab dinafikan oleh Nasha sehingga Hari Ini…

1.Sudah beberapa kali MSK dedahkan Projek Task Force 2010 antara nasha dan Wan Abu Bakar… Penarik Beca juga ada dedahkan pekara ini.Ini pekara besar dan sangat serius… mengapa Nasha tidak menafikannya?

2.Sudah beberapa kali MSK dedahkan pasal nasha angkat bendera putih semasa di bukit gantang kerana dia dapat maklumat dari MIO bahawa PAS akan kalah,dan bukannya mengambil maklumat dari petugas2 PAS sendiri..

3.Kickdefella dan Penarik beca ada mendedahkan tentang Keuntungan di atas angin Nasha mengenai Projek Perumahan Rakyat Di Kelantan… Sampai sekarang dia tak nafikan

4.Dan Banyak lagi pekara-pekara yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden seperti Peristiwa transaksi di Singapura,Bunglo Mewahnya dan banyak lagi yang mana semua ini tidak dinafikannya dan tidak dibersihnya sampai ke hari ini… Sebagai pimpinan tertinggi, kita sangat berharap pekara-pekara ini dapat dinafikannya supaya kepercayaan umum terhadapnya tidak akan musnah…

5. Pasal Unity Gov.. Merayap dalam kelambu UMNO.. kerajaan itu, kerajaan ini dengan Umno kita tak payah bubuh kat sini lah… semua dah tahu dia kelentong… hari-hari keluar kat blog dalam pelbagai versi dan huraian dari setiap blogger2…

Daripada mengusulkan pemecatan Nasha dengan Mustafa, bek cuci kepale hotak lu dulu! Nasha tak kata pun nak bergabung dengan UMNO, cuma berkerjasama dari segi bertukar-tukar pandangan atau pendapat. Dah berapa kali diterangkan walaupun dalam Harakah mahupun blogger PAS sendiri pun masih lagi tak faham ke? ape ke bebbbaaalllnyerr kepale hotak nkorang?!????????

Daripada pecat mereka berdua lagi baik pecat Nizar ni pencabul kehormatan PAS. Buang jer dari PAS, takde guna nak simpan. Simpan lama-lama pun dia bukannya nak dengar lagi kata PAS, dia lebih mesraaaaaaaa dengan Nga & Ngo.. perogol rakyat.

Kerajaan Perpaduan - Nik Aziz "Boleh Tapi Dengan Syarat"

KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.
Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.
“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (28 April 2009)
nota kecil: dulu kata bolehlah dengan syarat itu ini nak kementerian itu ini. Tetapi sekarang ni? Dah dua kali mengulangi yang dia tetap akan menolak cadangan kerajaan pepaduan ini. Nyata sudah Nik Aziz tidak mempunyai pendirian yang tetap. Semudah itu beliau mengubah keputusannya.

Bilamana Penyokong PAS Dah Tak Setuju Dgn Unity Government


Ini adalah satu cadangan yang paling tak masuk akal. macama mana gabungan ini boleh menjadi 'sama rata'? PAS ini macam pak kadok, terlonjak2 gembira menang sorak kampung tergadai. apakah PAS lupa dalam PR pun PAS yang paling kerdil dari segi kerusi parlimen?

kalau terjadi gabungan seperti hadi awang kehendakkan itu secara logik nya PAS akan jadi kucing kurap saja dalam kerajaan gabungan itu.

Tapi yang lebih saya risau ada lah ini Saya menyokong PAS kerana dasar Islam nya dan mengharapkan PAS dapat mentarbiahkan orang2 melayu menjadi lebih islamik dan sedikit demi sedikit dan hari demi hari orang2 melayu Islam akan meninggalkan umno dan akhir nya umno akan hilang berkubur dari muka bumi Malaysia dan PAS menggambil alih dan menjadi alternatif sebagai parti dominan melayu dan Islam.

Tapi nampaknya pemimpin2 PAS sentiasa di bodohi dan mungkin juga di rasuk Syaitan sehingga sanggup mahu bergabung dengan BN. Nampaknya mentaliti PAS masih kaku dan tidak 'thinking big'... otak Hadi Awang sangat sempit ... jadi rakan kucing kurap gabungan BN-PR pun sudah cukup...

UMNO pijak kepala dan menginyayai PAS berpuluh2 tahun sehingga ahari ini dan waktu UMNO dah dekat nak mampus Hadi Awang sanggup memberi talian hayat pada parti ini. Kalau macam ni lah keadaannya dalam seribu tahun pun PAS tidak aakan menjadi parti dominan dan ulung di Malaysia. Kalau begini lah otak ketua PAS aku hari ini akan berhenti menyokong parti bodoh ini...

Aku harap PAS buang saja manusia otak lembab macam hadi awang ni jadi ketua...tak ada seorang pun dalam malaysia ni kata Hadi Awang layak jadi PM.

Minus Ion: Amboi Bang.. Marah giler?? Hahahahaha!