Cabar PAS Keluar Dari Pakatan Kalau Ada TELUR!!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.

Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.

Beliau berkata, Pas sering dilayan tidak adil terutama dalam pemberian kuasa walaupun ia terbesar dalam gabungan berdasarkan ahli dan sumbangan dari segi tenaga kerja pada setiap pilihan raya.

"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara.

Mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

Katanya lagi,"Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam."

Kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.

"Pada pilihan raya kecil Permatang Pasir difahamkan Pas akan bertanding, saya cadangkan mereka minta jawatan Exco Pulau Pinang. Jika tidak dapat, keluar pakatan dan nilai harga diri," katanya.

Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Ghazali pula berkata sekiranya Pas mempunyai maruah dan prinsip parti itu tidak akan sanggup membiarkan diri mereka terus diperbudakkan rakan pakatannya dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika Pas gagal menyambut cabaran ini bermakna Pas sanggup menggadaian Islam demi kuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertikaian penjualan arak di negeri itu di mana Pas akhirnya berdamai dengan DAP walaupun sebelum ini lantang menentang tindakan Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula arak yang dirampas dari kedai serbanika 24 jam di Shah Alam.

“Jika mereka (Pas) benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan saya cabar mereka mengulangi kenyataan tersebut. Jangan hanya kepentingan politik, mereka sanggup mengunci mulut dan memekakkan telinga“, katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Hj Ahmad Nawawi memberikan kata kata yang begitu bertenaga, ternyata sebagai tuan rumah beliau begitu berbisa.

Lokman Noor Adam, EXCO Pemuda UMNO Malaysia pula memulakan kehangatan malam dengan penjelasan isu isu panas yang kini berlaku di Selangor.

Lebih kurang 1000 orang hadir berduyun-duyun ke program pemuda Shah Alam. Kepada mereka yang mahu membuat provokasi murahan, janganlah buat cerita dongeng. Bak kata Lokman Noor Adam, Hampa semua sama macam Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). Depan belakang semua bole.

0 comments:

Post a Comment