Permatang Pasir: Lagi Sebab Mengapa Anda Perlu Memilih Calon Barisan Nasional

Semua sudah sedia maklum bahawa di N11 Permatang Pasir bakal menyaksikan persaingan diantara Umno dan Pas.

Umno dengan gagasan perjuangan terhadap agama, bangsa dan tanahair manakala Pas membawa "bendera" perjuangan Islam liberal iaitu islam yang dipergunakan sepenuhnya untuk "menghalalkan" salah laku politik mereka.

Setiap undi yang diberikan kepada Umno/BN di N11 bererti masyarakat Permatang Pasir mahukan perubahan dari segi pembangunan setempat serta kuasa politik orang melayu kembali "digeruni" di P.Pinang.

Dan jika undi diberi kepada calon Pas, maka mereka harus bersedia menjadikan melayu dan Islam di P.Pinang "budak suruhan" kepada DAP yang kini mengepalai kerajaan negeri.

DAP secara asasnya tidak mahukan Islam diangkat dan dijulang sebagai asas negara dan seboleh-bolehnya DAP tidak mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang syumul.

Rentetan peristiwa penghinaan kepada raja yang menjadi ketua ugama Islam di negara ini oleh pemimpin atasan DAP, boleh dilihat sebagai "cermin" kepada perwatakan sebenar mereka.

Penolakan terhadap sistem pentadbiran Islam yang diusulkan oleh Pas setelah mereka berjaya menakluk 5 negeri pada PRU12 yang lalu juga adalah satu bukti kepada rakyat Malaysia tentang "belang" sebenar DAP.

Ditambah pula dengan penghinaan terhadap Islam dan melabel aktivis Islam sebagai "EKSTREMIS" adalah merupakan kebiadapan secara terang-terangan oleh pemimpin2 DAP. Apakah ini yang dinamakan sebagai perjuangan menegakkan Islam oleh Pas apabila bersekongkol dengan DAP?

Masyarakat di N11 Permatang Pasir (melayu dan islam khususnya) harus sedar bahawa kedudukan bangsa melayu dan kesucian ugama Islam tidak akan terjamin dibawah tangan DAP.

Dan apabila Pas bersekongkol dengan DAP didalam Pakatan, Pas sebenarnya telah menggadaikan semangat Islam dan kuasa politik orang melayu.

Dan untuk masyarakat bukan Islam di N11 Permatang Pasir, lihat sahaja perlakuan pemimpin2 DAP didalam menangani masalah Kampung Buah Pala. Ketua Menteri bersenang lenang di "banglo" mewahnya kerana takutkan musang dan anai2 manakala penduduk2 miskin di Kampung Buah Pala berjuang bermati-matian mempertahankan "pondok" mereka dari kerakusan agenda kerajaan negeri DAP.

Biarpun jika Umno/BN menang di N11 Permatang Pasir tak akan mengubah senario pucuk pimpinan kerajaan negeri oleh DAP, namun ia akan menjadi signal awal kebangkitan kembali sistem pemerintahan yang lebih adil demi agama, bangsa dan tanahair.

Dan kemenangan Umno/BN di N11 Permatang Pasir bakal menjadi pemangkin untuk "menenggelamkan" kuasa politik rakus Pakatan di Pulau Pinang yang di tunjangi oleh DAP pada PRU13 nanti.

Dan buat pengundi2 melayu/Islam di N11 Permatang Pasir, jika budi yang anda runsingkan..., hutang budi terhadap Anwar Ibrahim telah anda langsaikan dengan memilihnya menjadi ahli Parlimen. Manakala buat pengundi bukan Islam yang mahukan pemimpin mereka menerajui negeri...., Lim GE telahpun diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi masyarakat N11 Permatang Pasir haruslah mengambil peluang kali ini dengan memilih Umno/BN mewakili mereka demi kebaikan mereka sendiri.

Jangan lah dilepaskan peluang "keemasan" ini kerana selama 3 penggal DUN Permatang Pasir berada dibawah Pas. Malah wakil Pas yang dipilih oleh masyarakat Permatang Pasir tidak dipandang sebelah mata pun oleh DAP dan tidakpun dipilih pun menjadi exco kerajaan negeri.

Maka, buatlah pilihan yang bijak pada 25hb nanti. Jangan lah sekali lagi tersalah pilih seperti yang dilakukan selama 3 penggal yang lalu. Biarpun calon Pas adalah juga seorang melayu, tetapi sekurang2nya pilihlah melayu yang mampu bersuara memperjuangkan hak2 rakyat serta kepentingan agama dan bangsa.

Pilihan ditangan anda masyarakat N11. Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak cucu anda.

0 comments:

Post a Comment