Dr. Jeffrey Berputih Mata


Azmin Ali Pengerusi Perhubungan PKR Sabah; Demokrasi ala PKR ciptaan Kongress Khas PKR. PKR Sabah, khasnya Dr. Jeffrey dan yang teringin hanya putih mata.
.
RASA tertunggu-tunggu akan reaksi pemimpin-pemimpin PKR Sabah apabila Azmin Ali yang digelar Mat Tonggeng di Penanti dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, menggamit 'curiousity" saya untuk "bersiul". Hanya Dr. Jeffrey Kitingan memberikan reaksi di bibir manisnyanya tetapi hempedu di kamar hatinya mengusik keinginannya untuk menjadi "ketua".

PKR baru saja mengadakan Kongress Khasnya yang memutuskan kepimpinan Partinya dipilih oleh ahli-ahlinya. Kononnya sebagai menggambarkan bahawa PKR lebih demokratik dari mana-mana parti di bumi Malaysia. Dalam masa yang sama, PKR melantik Azmin Ali menjadi Pengerusi Perhubungan Sabah. Dalam "keterpaksaan" PKR Sabah menerimanya. Inilah lebih demokratik ala PKR yang baru dicipta dalam Kongres PKR. Demokratik yang membuat pemimpin PKR Sabah putih mata. Berhujahlah Jeffrey dalam keterpaksaan sambil "mengiakan perkara tidak" yang menjadi punca krisis kempimpinan PKR Sabah selama ini, krisis mendapat "anak tempatan Sabah untuk PKR Sabah" kerana kononnya "hanya PKR" yang dapat mengembalikan hak-hak Sabah kepada rakyat Sabah. Selepas itu "pahit terus saja ditelan, sebab pahit tidak semestinya pahit" bagi mereka yang genuinely berada pada "stage of the greatest in denial". Sekonyong-konyong, harapan untuk mendapat anak tempatan semakin jauh, semakin ditutupi mendung kelabu.

Mengapa harus Jefrrey mengungkit kedudukan Datuk Shafie Haji Afdal yang dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Bahagian UMNO Kedah? Itu rumah UMNO. Dia suka, dia hiaslah!. Bukankah PKR hendak menjelmakan sesuatu yang baru, rumah baru, "Harapan Baru Untuk Malaysia"?. Apakah melantik Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah adalah "Jelmaan Harapan Baru untuk Sabah"? Atau jelmaan mimpi ngeri bagi rakyat Sabah khasnya PKR Sabah?

"Perlantikan salah seorang Naib Presiden PKR, saudara Azmin tepat pada masanya kerana PKR adalah parti Nasional dan bukannya parti tempatan,....."Kita harus menumpukan usaha untuk menawan hati rakyat dan bukannya ahli kita sahaja kerana yang akan memenangkan kita adalah mereka yang di luar sana yang bersimpati dengan perjuangan kita dan menyokong kita dalam setiap pilihanraya," ujar Jeffrey ". Tidak lebih dari "ujaran bibir yang menjadi tumpuan semut-semut berpusu-pusu".

Perjuangan PKR Sabah tidak seharusnya mengharap simpati kepada rakyat Sabah semata-mata. PKR sebaliknya yang lebih bersimpai kepada rakyat Sabah yang bergelumang dengan rantaian kemiskinan sejak sekian lama. Luasnya jurang perbezaan pendapatan bagai langit dan bumi di antara yang miskin dan yang kaya kendatipun Malaysia di ambang kemerdekaan 52 tahun. Inilah yang patut menjadi gagasan politik PKR untuk Sabah. Apakah Mat Tonggeng Gombak yang bakal mengangkat martabat rakyat Sabah dan membuka rantai kemiskinan ini? Jauh ke beras dekat ke ubi, jauh panggang dari api!!
.
Dalam keadaan ini, keadaan Mat Tonggeng Gombak menakluki PKR Sabah, rasanya PKR harus melupakan penyertaan baru golongan professional untuk berjuang dan menerima ideologi demokrasi ala baru ciptaan Kongress Khas PKR. PKR Sabah sudah putih mata. Hanya mereka yang memang putih matanya akan bersimpati menyertai PKR Sabah. Sebagai "bapa kepada ideologi Sabah for Sabahan, konsep Borneonisasi dan hand in hand for Sabah", rasanya akan lebih terserlah lagi "state of in denial" Jeffrey khasnya dan kepimpinan PKR Sabah amnya.
.
Dalam masa yang sama kita jangan menolak kemungkinan katak akan melompat lagi terutama di musim kemarau dan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Lumrahnya, di dunia politik yang dilanda musim "pemanasan global politik", katak-katak politik akan mecari habitatnya. Putih mata atau terjojol matanya, kitalah yang melihat kerana mereka lebih memandang tapi tak nampak . Memandang rumah atau habitat orang lain, rumah sendiri beratap langit. Mereka melihat rumah UMNO lalu mereka terleka melihat rumah PKR sendiri yang berantakan.

Ingatlah, memang Sabah ini "hotspot" politik Malaysia tetapi password masih di tangan rakyat. Jangan sekali-kali kita leka dan kekal di "stage of in denial". Akses kemungkinan tiada atau kemungkinan besar "server cannot be found". - Senja Liza

0 comments:

Post a Comment